fbpx

Kes positif Covid-19 masih menghampiri 7,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 6,982 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 765,949 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 2,907 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 637 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 606 kes.

“Seterusnya, Johor (517 kes), Sarawak (440 kes), Pulau Pinang (351 kes), Pahang (329 kes), Kedah (257 kes), Sabah (230 kes), Melaka (202 kes), Perak (182 kes), Labuan (131 kes) dan Kelantan (129 kes).

“Terengganu pula (44 kes) dan Putrajaya (20 kes) manakala, tiada kes baharu dilaporkan di Perlis,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI