fbpx

Kes BID meningkat tujuh kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Analisis Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mendapati terdapat kenaikan trend kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) sebanyak tujuh kali ganda dari April iaitu 35 kes hingga Jun dengan 246 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan data kematian sejak pandemik melanda negara sehingga semalam, sebanyak 5,327 kes dilaporkan manakala, sebanyak 4,856 kes adalah sepanjang tahun ini.

“Daripada jumlah kematian pada tahun ini, sebanyak 670 atau 13.8 peratus kes kematian sebelum tiba ke hospital dilaporkan.

“Kebanyakan kes kematian BID ini adalah daripada kumpulan umur 50 tahun sehingga 70 tahun iaitu sebanyak 76.7 peratus dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, tiga negeri merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini adalah Selangor sebanyak 181 kes (27.0 peratus), diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 78 kes (11.6 peratus) dan Sabah sebanyak 85 kes (12.7 peratus). -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI