fbpx

Kelantan hanya benarkan korban di rumah sembelihan, masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) hanya membenarkan ibadah korban dijalankan di rumah sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta masjid bandar, jajahan dan mukim di negeri ini.

Yang Dipertua Maik, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, ibadah korban itu boleh dilaksanakan di Kompleks Abatoir di tiga buah daerah iaitu di Kota Bharu, Machang serta Pasir Mas dan kebenaran hanya diberikan kepada masjid yang mendapat kelulusan daripada Maik.

Katanya, bagaimanapun, aktiviti korban persendirian dan keluarga adalah tidak dibenarkan.

Ujarnya, peserta ibadah korban juga tidak dibenarkan hadir dengan mereka hanya perlu mewakilkan kepada penganjur ibadah korban bagi menyempurnakan akad dan wakalah.

“Sembelihan bagi seekor haiwan ruminan besar seperti lembu atau kerbau tidak boleh melebihi 10 orang petugas manakala hanya lima orang dibenarkan dalam kerja-kerja menyembelih seekor ruminan kecil iaitu kambing dan biri-biri.

“Jarak lokasi haiwan yang akan disembelih di dalam rumah sembelihan JPV dan masjid tidak kurang daripada lima meter. Hanya dua ekor haiwan dibenarkan untuk disembelih dalam satu-satu masa dan dihadkan sebanyak lima ekor sehari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya yang juga Tengku Temenggung Kelantan, prosedur operasi standard (SOP) itu diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Mengenai Pelaksanaan Ibadah Korban Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelmarin.

Katanya, mesyuarat itu turut dihadiri Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad bersama Kementerian Kesihatan, Bahagian Kerajaan Tempatan Kerajaan Negeri, JPV Kelantan dan Polis Diraja Malaysia.

“Pematuhan SOP bagi semua pihak terlibat iaitu penganjur, peserta dan petugas dalam pelaksanaan ibadah korban akan dapat mengurangkan risiko dan membendung penularan wabak Covid-19.

“Ketegasan pengurusan menjadi faktor utama dalam keberkesanan garis panduan yang disediakan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI