KUANTAN – Taktik dua penyeludup rokok menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memudahkan pergerakan mereka tidak berhasil apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak polis.
Dalam dua serbuan yang dilakukan semalam, polis berjaya merampas rokok pelbagai jenis dipercayai tanpa cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM2.27 juta.
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam kes pertama suspek berusia 40 tahun ditahan bersama lori membawa muatan 47 guni mengandungi rokok tanpa cukai di sekatan jalan raya (SJR) hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Temin di Jerantut.
“Jumlah keseluruhan rampasan ini dianggarkan bernilai RM278,000 dan kita akan menghantar rokok terbabit kepada pihak kastam untuk penilaian cukai.
“Suspek ditahan dan semua rokok itu dirampas serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929