fbpx

Dua GRO Vietnam cedera terjun kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga Vietnam yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Gunung Rapat di Ipoh semalam.- Foto IHSAN JABATAN IMIGRESEN PERAK

IPOH – Bimbang dicekup, sekumpulan pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam yang juga cuba melarikan diri apabila nekad terjun dari tingkat satu sebuah kondominium di Gunung Rapat di sini semalam.

Malangnya, tindakan itu mengundang padah apabila dua daripadanya cedera hingga terpaksa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Perak, Hapdzan Husaini berkata, operasi di rumah tersebut dijalankan melalui Op Patuh bermula pukul 12.00 tengah hari semalam hingga pukul 2 petang hari ini.

Katanya, dalam serbuan tersebut, rumah berkenaan disewa empat wanita warga Vietnam yang dijadikan sebagai tempat menawarkan khidmat seks.

“Menyedari kehadiran penguat kuasa, kesemua wanita itu cuba melarikan diri dengan terjun melalui tingkap dari tingkat satu rumah tersebut.

“Bagaimanapun, dua daripada mereka cedera dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan manakala yang lain pula berjaya diberkas,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di rumah tersebut menjumpai kondom dan minyak urut yang disyaki digunakan untuk perkhidmatan seks.

Katanya, pelanggan akan membuat janji temu terlebih dahulu melalui aplikasi Michat, Wechat dan WhatsApp dengan mengenakan bayaran RM250 untuk khidmat seks,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI