fbpx

Bendera putih: ‘It’s okay not to be okay’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Econsave sedia membantu orang ramai yang terjejas dengan bantuan makanan menerusi kempen bendera putih.

PETALING JAYA- Rangkaian Pasar Raya Econsave Cash & Carry (Econsave) menyokong penuh pelaksanaan kempen bendera putih dengan menawarkan bantuan kepada mana-mana individu dalam kesusahan.

Menggunakan cogan kata ‘It’s okay not to be okay’, Econsave meminta individu yang memerlukan bantuan atau orang ramai yang melihat jiran mengibar bendera putih untuk memaklumkan keadaan itu.

“Tangkap gambar, tuliskan alamat dan maklumkan kepada kami,” katanya dalam satu ciapan Twitter yang tular sejak semalam.

Selain Econsave, rangkaian Pasar Raya 99 SpeedMart turut bertindak sama dengan menyambut baik kempen berkenaan bagi membantu rakyat terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Salah seorang penerima bantuan makanan menerusi kempen bendera putih.

Menurut pasaraya itu, orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui talian 010-500 00999 atau Facebook mereka jika ternampak ada individu yang mengibarkan bendera putih.

“Kempen itu bermula 1 hingga 14 Julai 2021 melibatkan 1,000 pek sehari dengan jangka masa penghantaran bantuan dalam tempoh 24 jam,” jelasnya.

Sementara itu, usaha murni kedua-dua pasar raya itu menyokong kempen bendera putih mendapat reaksi memberangsangkan daripada netizen.

Bagi @EhPaanLah dia turut meberi cadangan agar pasar raya terbabit turut mewujudkan ‘foodbank’ di luar bangunan ataupun berdekatan pintu masuk.

“Ramai yang memerlukan tapi mereka segan atau malu ingin mengambilnya,” ciapnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI