fbpx

Bapa Ayu Damit meninggal dunia akibat kanser otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAPA Ayu, Damit Osiri meninggal dunia sekitar 2 petang tadi di kediamannya di Kota Kinabalu, Sabah akibat kanser otak.

PETALING JAYA – Bapa kepada penyanyi Ayu Damit iaitu Damit Osiri dilaporkan meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di Kota Kinabalu, Sabah sekitar pukul 2 petang tadi.

Berita duka tersebut dikongsikan sendiri Ayu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.

“Assalamualaikum. Dukacitanya saya maklumkan bahawa bapa saya, Damit Osiri telah meninggal dunia sebentar tadi di rumah,” katanya.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Hanya Di Mercu itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan bapanya.

“Terima kasih kepada semua yang selama ini mendoakan bapa saya. Pada hari Jumaat yang mulia ini, bapa telah pergi buat selamanya. Semoga bapa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin,” tulis Ayu.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 32, turut mengucapkan terima kasih kepada arwah bapanya yang selama ini memelihara dan menyayanginya sejak kecil sehingga ke akhir hayat.

“Terima kasih atas segala jasamu bapa yang selama ini memelihara dan menyayangiku dari kecil hingga ke saat terakhirmu.

“Saya berharap suatu hari kita akan berjumpa di syurga nanti. Amin,” luah Ayu.

Pada Mei lalu, Allahyarham Damit, 72, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu selepas tidak sedarkan diri di rumah.

Ketika itu, Ayu menjelaskan bapanya menghidap penyakit kanser otak tahap empat dan dimaklumkan sudah merebak ke bahagian paru-paru.

Difahamkan, Ayu sempat pulang ke Sabah seorang diri tanpa ditemani suami dan anak-anak dengan menaiki kapal terbang pukul 11 pagi tadi dan sempat berjumpa dengan bapanya sebelum lelaki itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang waktu pengebumian arwah bapanya masih tidak diketahui kerana Ayu tidak membalas kiriman mesej yang dihantar kepadanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI