fbpx

Agong zahir penghargaan kepada kerajaan Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Hishammuddin, Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi dan Khairy Jamaluddin bergambar bersama ketika menerima sumbangan sejuta dos vaksin AstraZeneca dari kerajaan Jepun kelmarin.

PETALING JAYA-Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​​Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Jepun atas sumbangan sejuta dos vaksin AstraZeneca kepada Malaysia.

Al Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba atas kerjasama menjayakan sumbangan vaksin itu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi atas kemurahan hati Kerajaan Jepun.

“Sumbangan itu jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara.

“Semoga sumbangan bekalan vaksin ini membantu negara memerangi pandemik Covid-19 dan memperhebatkan lagi PICK,” katanya menerusi Facebook Istana Negara tadi.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah serta dijauhi daripada sebarang musibah.

Bekalan vaksin berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Japan Airline JAL723 pada pukul 5.20 petang kelmarin. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI