fbpx

Zarina Anjoulie nak saman polis?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA memuat naik kenyataan, kononnya mahu menyaman seorang anggota polis wanita berhubung kes dadah yang memanaskan kembali namanya.

PETALING JAYA – Tidak berpuas hati dengan dakwaan ditahan dalam satu serbuan kerana bahan terlarang, selebriti sensasi, Zarina Anjoulie berhasrat mahu memfailkan saman terhadap seorang anggota polis wanita.

Perkara tersebut dikongsinya menerusi sebuah hantaran Instagramnya hari ini. Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam atas sebab yang tidak diketahui.

Menurut pelakon yang terkenal dengan mulut lantangnya dalam media sosial itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung penularan kisah penahanan seorang artis wanita positif dadah yang dikaitkan dengan namanya.

“Alhamdulillah, laporan sudah dibuat terhadap anggota polis wanita berkenaan. Selepas siasatan, saya akan mengambil tindakan untuk menyaman anggota tersebut.

“Buat masa sekarang saya tidak akan mendedahkan identitinya tetapi semua orang akan mengetahuinya selepas kes masuk mahkamah nanti,” katanya dalam entri tersebut.

Ujarnya, dia nekad untuk mengambil tindakan tegas tersebut kerana mendakwa anggota tersebut inginkan populariti.

“Saya akan menentang habis-habisan tentang isu ini. Memandangkan anggota ini nak tular dan glamor, saya akan bagi dia glamor yang diidamkannya.

“Di manakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan senasib dengan saya?

“Saya tidak akan berdiam diri dan viralkan habis-habisan sehingga mendapat keadilan yang selayaknya.” katanya.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan seorang selebriti wanita ditahan akibat disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan,

Biarpun pihak polis tidak mendedahkan identiti selebriti tersebut, rata-rata netizen membuat andaian bahawa individu berkenaan ialah Zarina.

Wanita yang baru bercerai buat kali kedua dengan suaminya, Eilyas Azhar itu ada meminta dibayar sebanyak RM5,000 jika ada mana-mana pengamal media mahu mewawancara diri berhubung isu dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI