fbpx

Waris dua kanak-kanak dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKM kesan waris Mohd. Zikri (kiri) dan Muhammad Nur Ammar.

SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling mengesan dua waris kepada dua kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditinggalkan dan kematian ibu kandung mereka.

Kedua-duanya dikenali Mohd. Zikri dan Muhammad Nur Ammar Rizqy.

Jurucakap JKM berkata, Mohd. Zikri telah ditinggalkan ibu kandungnya berketurunan Indonesia sejak berusia dua minggu kepada seorang pengasuh di sebuah apartmen di Taman Medan Cahaya dekat sini, enam tahun lalu.

“Ibu kandung kanak-kanak itu turut memberikan wang perbelanjaan sebanyak RM500 dan tanpa sebarang dokumen.

“Kanak-kanak itu dimaklumkan akan diambil semula oleh ibu kandung namun sehingga hari ini wanita tersebut didapati tidak menampilkan diri dan gagal dihubungi,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Kata jurucakap itu, Muhammad Nur Ammar pula telah dipelihara dan dijaga oleh neneknya yang menetap di Kota Bharu, Kelantan selepas kematian ibunya.

Ujarnya, siasatan mendapati bapa kandung kanak-kanak itu telah meninggalkan isterinya ketika mengandungkan Muhammad Nur Ammar dan sehingga kini tiada maklumat terperinci berkenaan lelaki itu.

“Pasangan yang telah mengambil kanak-kanak itu dari neneknya untuk pemeliharaan pada 16 Februari 2016 tanpa sebarang dokumen pengenalan diri,” jelasnya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling di talian 03-7842 2584/03-7842 2587 untuk tindakan lanjut. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI