fbpx

Urusan pindah dibenarkan dalam tempoh PKP 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Urusan perpindahan di hartanah strata dan landed (bertanah) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 adalah dibenarkan berkuat kuasa serta merta.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan semalam.

Menurutnya, pemilik hartanah terbabit perlu mendapatkan kebenaran polis bagi diri mereka dan pengendali perpindahan.

“Bagi hartanah strata, pemohon perlulah memaklumkan tarikh dan masa perpindahan serta maklumat pengendali perpindahan kepada pihak pengurusan strata.

“Prosedur standard operasi (SOP) Pengurusan Strata yang telah dikemas kini boleh dimuat turun di laman web KPKT di www.kpkt.gov.my,” katanya.

Katanya, kerja-kerja pemasangan keperluan asas seperti jeriji besi dan perkakasan elektrik bagi membolehkan sesuatu hartanah selamat didiami adalah dibenarkan dengan mematuhi SOP Pembinaan oleh Kementerian Kerja Raya dan di www.cidb.gov.my. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI