fbpx

TNB lancar Vantage RE Ltd, rancak usaha ESG global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melancarkan sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan aset tenaga boleh baharu (RE) iaitu Vantage RE Ltd bagi mempertingkatkan komitmen dan usaha mereka dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global.

TNB menerusi satu kenyataan berkata, platform terbaharu itu akan memiliki, mengendalikan dan mengurus aset-aset dalam portfolio tenaga boleh baharu di United Kingdom (UK) dan seluruh Eropah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din, perniagaan tenaga boleh baharu antarabangsa menjadi keutamaan TNB untuk terus berkembang maju dalam jangka masa yang panjang.

“Untuk mencapai aspirasi ini, kami sebagai pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa, akan terus melabur dalam jumlah yang besar untuk bidang ini.

“Kami yakin aktiviti ini akan memberi sumbangan secara meluas terhadap penjanaan rendah karbon dan seterusnya merancakkan komitmen TNB terhadap matlamat ESG,” katanya tadi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI