fbpx

Terengganu mahu segera beralih Fasa 2 PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang berusaha keras untuk mencapai 10 peratus kadar vaksinasi Covid-19 dalam kalangan rakyat negeri ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunos berkata, ia bagi membolehkan Terengganu mencapai kelayakan untuk beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, Terengganu telah berjaya memenuhi dua kriteria utama lain iaitu penurunan kes harian Covid-19 serta kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) di paras sederhana sejak beberapa minggu lalu.

“Begitupun, setakat ini, hanya 7.1 peratus daripada populasi 1.259 juta penduduk Terengganu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Kita akan berusaha untuk mencapai 10 peratus vaksinasi dalam kalangan rakyat dalam bulan ini juga bagi bergerak ke Fasa Dua (PPN) secepat mungkin,” katanya ketika memantau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nor Azimi memberitahu, JKNT akan menggandakan kadar vaksinasi di seluruh lapan daerah di negeri ini bagi mencapai kriteria terakhir Fasa Dua PPN berkenaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI