fbpx

Serena terpaksa tinggalkan Wimbledon akibat cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERENA terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan akibat tergelincir ketika menentang Sasnovich awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Bintang tenis dunia, Serena Williams menitiskan air mata apabila terpaksa menarik diri seawal pusingan pertama pada Kejuaraan Wimbledon selepas dia mengalami kecederaan kaki.

Ketika mendahului 3-1 pada set pertama menentang Aliaksandra Sasnovich semalam, pemain berusia 40 tahun itu tergelincir dan memerlukan rawatan sebelum kembali ke gelanggang bagi meneruskan aksi.

Bagaimanapun, semasa me­lakukan servis, Serena tergelincir lagi sekali gus memaksa dia menarik diri ketika kedudukan terikat 3-3 pada set pertama.

“Saya sangat kecewa dan sedih kerana terpaksa menarik diri daripada kejohanan ini selepas mengalami kecederaan kaki kanan. Terima kasih kepada semua penonton yang berikan sokongan kepada saya di gelanggang.

“Bagi saya, sokongan mereka membuatkan ia lebih bermakna. Saya rasa cukup dihargai ketika melangkah masuk dan keluar dari gelanggang pada perlawanan hari ini (semalam),” kata Serena.

Sementara itu, Sasnovich menyatakan sokongannya kepada pemenang 23 kali kejohanan Grand Slam itu selain mengharapkan Serena segera pulih daripada kecederaan tersebut.

“Sudah tentu saya bersimpati dan sedih dengan apa yang me­nimpa Serena kerana dia adalah juara sejati. Perkara seperti ini sentiasa berlaku dalam tenis dan saya harapkan dia segera pulih,” ujarnya.

Sebagai rekod, Serena cuba memburu gelaran Grand Slam ke-24 pada saingan Wimbledon kali ini bagi menyamai rekod Margaret Court sebagai pemenang Grand Slam pa­ling banyak dalam sejarah.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI