KOTA KINABALU – Polis mengesahkan tiada sebarang kejadian samun dilaporkan seperti dipaparkan dalam klip video tular di laman sosial serta aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, kejadian terbabit dipercayai bukan berlaku di daerah Kota Kinabalu.
“Pihak kita sudah maklum mengenai klip video berkenaan namun polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kes ragut atau samun di dalam premis perbankan atau mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam tempoh seminggu sehingga hari ini.
“Siasatan juga mendapati tiada premis mesin ATM yang sempit seperti itu di sekitar ibu negeri. Kita juga tidak menerima sebarang laporan ragut atau samun di premis perbankan atau ATM dalam tempoh seminggu ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, rakaman berdurasi seminit memaparkan seorang wanita menjadi mangsa ragut seorang lelaki yang memakai topi keledar dan bersenjatakan pisau didakwa berlaku di sebuah premis mesin ATM yang didakwa berlaku di Damai. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929