PUTRAJAYA – Penebusan Program Jaringan Prihatin yang sepatutnya tamat pada 31 Julai ini dilanjutkan sehingga 31 Ogos depan.
Lanjutan penebusan selama sebulan itu bagi memberi peluang kepada pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang baru diluluskan untuk berdaftar dengan program itu.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, tempoh pelaksanaan program juga akan dipanjangkan sehingga 31 Ogos 2022.
Menurutnya, lanjutan itu juga membabitkan penebusan pakej peranti iaitu sehingga 31 Ogos depan.
“Setakat 22 Jun lalu, seramai 2.8 juta individu mendaftar bagi program itu dan lebih daripada 500,000 penerima telah menerima peranti mudah alih baharu.
“Hampir RM180 juta telah disalurkan kepada golongan B40 melalui program itu sekali gusb mengurangkan kos mendapatkan akses internet dan membantu melancarkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi isi rumah yang mempunyai anak bersekolah,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929