fbpx

PKPD di beberapa mukim Selangor,KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai hingga 16 Julai nanti.

Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi dengan Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900.

“Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes. Kesemua daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan insiden kes Covid-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk.

“Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, situasi tersebut adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India).

Antara mukim yang terlibat adalah di Daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula kawsan yang terlibat termasuk, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju dan Flat Seksyen 1 Wangsa Maju. K! ONLINE.

Berikut ialah kawasan dikenakan PKPD:

(i) WP Kuala Lumpur

a) PPR Batu Muda
b) Kampung Padang Balang
c) Flat Sri Sabah
d) Kampung Puah
e) PPR Kampung Baru Air Panas
f) Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Dilema)
g) Kampung Batu Muda
h) PPR Kerinchi
i) Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
j) Flat Danau Kota
k) Taman Ikan Emas
l) Bandar Baru Sentul

(ii) Selangor

a) Daerah Petaling

i) Mukim Petaling
ii) Mukim Damansara
iii) Mukim Sg Buloh
iv) Mukim Bukit Raja

b) Daerah Hulu Langat

i) Mukim Ampang
ii) Mukim Cheras
iii) Mukim Kajang
iv) Mukim Semenyih
v) Mukim Beranang
vi) Mukim Hulu Langat

c) Daerah Sepang

i) Mukim Dengkil
ii) Mukim Labu
iii) Mukim Sepang

d) Daerah Gombak

i) Mukim Batu
ii) Mukim Rawang
iii) Mukim Setapak
iv) Mukim Hulu Langat
v) Mukim Kuang

e) Daerah Kuala Langat

i) Mukim Tanjung 12 (1)
ii) Mukim Tanjung 12 (2)
iii) Mukim Teluk Panglima Garang
iv) Mukim Morib
v) Mukim Bandar
vi) Mukim Jugra
vii) Mukim Batu

f) Daerah Klang

i) Mukim Kapar
ii) Mukim Klang

g) Daerah Kuala Selangor

i) Mukim Ijok
ii) Mukim Bestari Jaya
iii) Mukim Jeram
iv) Mukim Tanjung Karang

h) Hulu Selangor

i) Mukim Serendah
ii) Mukim Rasa
iii) Mukim Ulu Yam
iv) Mukim Batang Kali

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI