fbpx

Penerima vaksin penuh AS tidak perlu pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menikmati hidangan di bahagian luar sebuah restoran di Bryant Park, Manhattan, Bandar Raya New York pada 4 Mei lalu. - AFP

WASHINGTON – Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr. Rochelle Walensky memberitahu bahawa orang ramai yang telah menerima  dos  lengkap vaksin adalah dilindungi daripada semua varian Covid-19 yang sedang menular di Amerika Syarikat.

Menurut  akhbar New York Post, Walesnky berkata, rakyat AS sangat bernasib baik kerana semua vaksin yang digunakan terbukti berkesan ke atas Covid-19.

“Kita mempunyai tiga vaksin yang kita yakin selamat dan berkesan. Dua pertiga populasi dewasa sudah diberi vaksin sepenuhnya dan terlindung daripada varian sedang menular sekarang.

“Jadi kesimpulannya, CDC menegaskan jika anda sudah menerima vaksin lengkap, maka anda tidak diwajibkan memakai pelitup muka,” katanya dalam  program bual bicara NBC, Today.

Awal minggu ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menimbulkan kekeliruan apabila mengesyorkan agar orang yang divaksin terus memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal berikutan penularan varian Delta.

“Saya fikir ini adalah perkara yang sangat penting untuk diperjelaskan. Pertama, kita tahu bahawa WHO harus membuat garis panduan dan memberikan maklumat kepada dunia.

“Bagaimanapun, seperti yang kita lihat di seluruh dunia, kurang 15 peratus populasi global  telah divaksin dan kebanyakan mereka hanya menerima dos pertama berbanding dua dos lengkap seperti sepatutnya.

“Terdapat beberapa lokasi di dunia yang menyaksikan lonjakan kes Covid-19  dan  WHO membuat cadangan berdasarkan konteks tersebut,” jelas Walensky.

Beliau turut menambah bahawa rakyat AS yang menerima vaksin Johnson & Johnson (J&J) mungkin tidak perlu mendapatkan dos kedua daripada vaksin lain.

“Kami mempunyai setiap alasan untuk percaya, berdasarkan keberkesanan J&J ke atas beberapa varian lain menjadikan penerimanya cukup sekadar satu dos suntikan sahaja,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI