fbpx

Pasukan khas ditubuh bagi tangani krisis Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar seekor Harimau Malaya yang tular di media sosial kerana didakwa kelihatan kurus dan terabai. GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bakal menubuhkan Pasukan Khas Pemuliharaan Harimau Nasional (NTCTF) bagi menangani krisis kemerosotan haiwan itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, badan itu akan mengadakan mesyuarat pertama bersama pelbagai kementerian dan kerajaan negeri dalam masa terdekat susulan persetujuan jemaah menteri pada 16 Jun lalu berhubung dengan tindakan strategik bagi usaha konservasi Harimau Malaya untuk tempoh pelaksanaan 10 tahun sehingga 2030.

“Selain itu, Unit Konservasi Harimau Malaya dicadang bakal ditubuhkan melalui perbincangan lanjut bersama agensi-agensi yang berkaitan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Unit itu ujar beliau, disaran untuk diletakkan di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia.

Langkah itu katanya, dibuat susulan laporan Bancian Harimau Kebangsaan Pertama (NTS-1) dari 2016 hingga tahun lalu yang mendapati populasi haiwan tersebut berada pada tahap amat serius. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI