UMUM, sejak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilaksanakan bermula 1 Jun lalu, sekatan daerah dan negeri juga turut dikuatkuasakan.
Ramai juga rakyat negara ini meluahkan rasa rindu untuk hendak melancong dalam dan luar negeri termasuklah si cantik Nora Danish.
Baru-baru ini, Nora menerusi satu ciapan Twitter memberitahu dia bukan sahaja rindu untuk bercuti, malahan rindu untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota.
“Jangan kata rindu mahu bercuti, nak pergi jalan-jalan sekitar KL (Kuala Lumpur pun sudah rindu,” ciap pelakon filem Bencinta itu.
Dalam ciapan lain, dia juga berpendapat bahawa tahun 2021 hanya akan berlalu begitu sahaja.
“2021 akan habis begitu sahaja seperti 2020. Bertabahlah,” katanya lagi.
Rasanya ramai juga yang turut merasai perkara sama seperti Nora. Ada yang berharap agar Covid-19 segera hilang supaya dapat pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan ibu bapa.
Memang sayu baca semua rintihan. Semoga semua terus kuat untuk melawan dan mengekang penularan Covid-19. Jangan putus asa ya semua!
MIZZ LAHAR: Seronok melihat aksi Nora menari dalam TikTok. Agak-agaknya berapa jumlah video TikTok yang direkod Nora dalam sehari ya?