fbpx

Lelaki diburu belasah, rembat duit tunang RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular di laman sosial Facebook mengenai dakwaan seorang wanita dipukul tunangnya sebelum melarikan wang tunai milik syarikat.

KOTA MARUDU – Polis memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes memukul tunangnya dan melarikan kereta jenis Proton Iswara milik kakak mangsa dalam kejadian di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah berkata, siasatan juga mendapati suspek turut melarikan wang milik syarikat tunangnya berjumlah RM10,000.

“Siasatan mendapati suspek berusia 28 tahun itu sepatutnya memasukkan wang terbabit ke dalam akaunnya untuk dipindahkan ke akaun syarikat tempat mangsa bekerja.

“Bagaimanapun, suspek memberikan pelbagai alasan dan hal itu mengakibatkan berlaku pergaduhan antara mangsa serta tunangnya sehingga wanita itu dipukul oleh suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Izaan berkata, suspek dikatakan terus memecut kereta yang dinaiki mereka ke arah Pitas sebelum mangsa terjun keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri dan sehingga kini usaha mengesan suspek masih giat dijalankan.

“Kita dimaklumkan wang yang hilang hanya sebanyak RM10,000 dan bukannya RM18,000 seperti yang didakwa di laman sosial. Setakat ini, sasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial facebook berkaitan kenyataan mendakwa seorang lelaki bertindak melarikan wang tunai sebanyak RM18,000 dan sebuah kenderaan Proton Iswara selain turut didakwa mengikat serta membelasah tunangnya sebelum menghilangkan diri. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI