KOTA KINABALU – Tindakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal menerima suapan berjumlah RM3,500 mengundang padah apabila dia diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah semalam.
Anggota bertugas di salah sebuah daerah di negeri ini meminta rasuah berkenaan daripada seorang lelaki warga Pakistan sebagai balasan untuk memulangkan semula barangan ditahan iaitu sebuah motosikal, buku hutang dan passport milik mangsa.
“Suspek yang berusia dalam lingkungan 20an itu ditahan di sebuah daerah kira-kira pukul 11.30 pagi.
“Turut dirampas, wang RM3,500 yang dipercayai diterima secara rasuah,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
“Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan akan ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929