fbpx

Kelawar bawa penyakit anjing gila dikesan di Illinois

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puluhan kelawar dikesan di negeri Illinois, AS sejak setahun lepas dan membuahkan kebimbangan ke atas peningkatan kes rabies di kawasan itu. - Getty Images

SPRINGFIELD, Illinois – Jabatan Kesihatan Awam Illinois (IDPH), Amerika Syarikat (AS) mengesan lebih 12 kelawar yang dijangkiti penyakit anjing  gila di seluruh negeri itu tahun ini, lapor akhbar New York Post semalam.

Kemunculan kawanan kelawar itu dibimbangi  boleh mencetuskan satu lagi ancaman wabak penyakit berbahaya kepada manusia.

Kes kelawar dijangkiti penyakit anjing gila  tersebar di bahagian timur laut negeri itu  dengan 14 mamalia  tersebut yang menjadi mangsa, ditemui di 10  buah daerah.

Susulan penemuan itu, jabatan kesihatan mengeluarkan amaran kepada  penduduk supaya  segera mendapatkan rawatan perubatan jika mereka digigit atau dicakar oleh kelawar.

Penyakit anjing gila boleh membawa maut  jika tidak dirawat segera.

Kali pertama kelawar berpenyakit itu ditemui di Illinois tahun ini adalah pada Mac lalu.  pegawai kesihatan negeri berkata, kekerapan tertinggi kes tersebut muncul pada Ogos dan September.

“Sebilangan besar kes penyakit anjing gila yang dijumpai di Illinois ditemukan pada kelawar,” kata Pengarah IDPH, Dr. Ngozi Ezike dalam satu kenyataan pada Mac lalu.

“Walaupun majoriti kelawar tidak dijangkiti penyakit anjing gila, adalah penting untuk kita mengelak daripada menyentuh haiwan itu dan memastikan rumah anda tidak memiliki bukaan yang membolehkan ia terbang masuk,” ujar Ezike. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI