fbpx

Jutaan rakyat Britain terima vaksin dos ketiga September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita menerima suntikan vaksinnya di Doncaster, England bulan lalu. -PA

LONDON – Berpuluh-puluh  juta rakyat Britain akan ditawarkan dos ketiga vaksin Covid-19 pada September ini di bawah satu garis panduan baharu, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) berkata, skim itu bermula September ini dan akan menyaksikan  23 juta individu berusia 50 tahun keatas, individu yang berisiko dan kakitangan rumah penjagaan warga tua ditawarkan dos tambahan.

Doa ketiga itu akan diberikan  dalam dua peringkat dengan keutamaan kepada mereka yang paling berisiko dijangkiti Covid -19. Dos penggalak itu adalah  daripada jenis vaksin sama seperti dos pertama dan kedua.

Saranan  itu dibuat untuk memastikan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) bersedia menghadapi  kemungkinan lonjakan kes Covid-19  pada musim luruh tahun ini sementara menunggu lebih banyak data tentang keperluan dos  ketiga.

Timbalan Ketua Pegawai Perubatan England, Profesor Jonathan Van-Tham berkata,  langkah itu akan mengekalkan Britain sebagai berada di kedudukan hadapan dalam melawan Covid-19.

Sumber JCVI memberitahu bahawa dalam kebanyakan kes, data menunjukkan dos vaksin Covid-19 mendorong  imuniti yang mampu bertahan sekurang-kurangnya selama  enam bulan. 

Ujikaji oleh University Oxford menunjukkan suntikan dos ketiga enam bulan selepas dos kedua akan mengembalikan semula imuniti tahap tinggi terhadap Covid-19.

Britain kelmarin merekodkan lebih 20,000 kes selama tiga hari berturut-turut, namun jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu terus menurun sekali gus membuktikan keberkesan vaksin.

Namun begitu, saintis-saintis  memberi amaran bahawa England mungkin berdepan kenaikan kes Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang ekoran kemenangan Three Lions untuk Euro 2020.

Jumlah kes yang mungkin meningkat itu bagaimanapun bukan petanda kenaikan jumlah kemasukan ke hospital dan jumlah kematian. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI