fbpx

Jenazah Tony Spider selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONY ISKANDAR

PETALING JAYA – Jenazah pemuzik terkenal, Allahyarham Tony Iskandar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh sekitar pukul 4 petang hari ini.

Urusan pengebumian Tonny yang juga bekas pemain bass kumpulan Spider itu disempurnakan pihak pengurusan Luncai Emas dan rakan-rakan terdekat selepas jenazah dibawa pulang daripada bedah siasat di Hospita Sungai Buloh, pagi tadi.

Vokalis Spider, Tam atau Rustam Mustafah berkata, arwah yang ditemui meninggal dunia seorang diri di bilik kediamannnya yang Studio Luncai Emas juga disahkan negatif Covid-19

“Seorang adik Allahyarham yang datang dari Johor Bahru sudah sampai di Kuala Lumpur sejak semalam sebaik mendapat perkhabaran mengenai pemergian Tony.

“Sebagai kawan yang rapat dengannnya, kami dan pihak Luncai Emas sedaya upaya menguruskan pengebumian Tony sehingga selesai mengikut prosedur operasi standard (SOP). Solat jenazah yang dilaksanakan di Surau Ikhwan, Sungai Buloh juga mengikut SOP yang ditetapkan.

“Namun disebabkan kita semua masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah pelawat dihadkan” katanya.

Terdahulu, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri dalam biliknya di studio Luncai Emas, sekitar pukul 1 pagi, semalam.

Tony yang memeluk agama Islam pada 2004 menghidap sakit kencing manis yang agak kronik sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga, namun tidak bertahan lama dengan tidak dikurniakan cahaya mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI