fbpx

Hafizh Syahrin sedia jumpa Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH SYAHRIN mendedahkan bakal berjumpa dengan Tunku Ismail selepas dia selesai menjalani kurantin pada 12 Julai ini susulan baru sahaja tiba di tanah air. – AFP

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mendedahkan bahawa dia akan berjumpa de­ngan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam masa terdekat berhubung titah baginda yang berminat untuk menajanya.

Hafizh yang kini sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Kampung Pandan, bagaima­napun tidak dapat mengulas lanjut berhubung perkara itu ke­rana baru sahaja tiba di tanah air.

Pelumba berusia 27 tahun itu berkata, dia sedia mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail sebaik sahaja tamat menjalani kuarantin yang dijadualkan ber­akhir 12 Julai ini.

“Buat masa sekarang, tidak banyak yang saya boleh cakap, tetapi saya berterima kasih kepada TMJ kerana sudi untuk membantu. Saya juga pasti pihak TMJ juga tahu saya sudah balik ke Malaysia.

“Mungkin saya akan berjumpa baginda selepas selesai menjalani kurantin. Tidak tahu bila tetapi ia mungkin dalam masa terdekat kerana saya bercuti selama sebulan,” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian semalam.

Sebelum ini, Tunku Ismail menarik perhatian peminat sukan permotoran negara apabila menzahirkan minat untuk menaja Hafizh yang kini beraksi bersama pasukan RW Racing GP dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Sebagai rekod, Tunku Ismail juga pernah menyalurkan tajaan kepada petinju profesional negara, Muhamad Farkhan Haron serta serta jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin bagi menjalani latihan sebelum ini.

Sementara itu, Hafizh tanpa berselindung mengakui tidak berpuas hati dengan aksi ditampilkan dalam beberapa perlumbaan sebelum ini gara-gara berdepan masalah teknikal yang tidak boleh dielak.

“Selepas mengharungi perlumbaan yang cukup baik di Litar Mugello bulan lepas, tiba-tiba kami berdepan masalah teknikal sehingga membuatkan saya sendiri tidak puas hati dengan prestasi jentera.

“Bagi saya, memang kami ada tunjuk peningkatan, tetapi ia masih belum mampu untuk mencabar kedudukan 10 teratas. Buat masa ini, mungkin fokus saya untuk berada dalam kelompok 15 terbaik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI