fbpx

England masih ada kemampuan sebenar – Sterling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING meraikan jaringan pembukaan England ketika menewaskan Jerman 2-0 pada pusingan 16 terbaik Euro 2020 di Stadium Wembley awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pemain sayap England, Raheem Sterling percaya pasukan itu sentiasa menunjukkan kemampuan sebenar apabila diperlukan selepas mara ke suku akhir Euro 2020 dengan menewaskan Jerman 2-0 pada pusi­ngan 16 pasukan terbaik.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Wembley awal pagi semalam, skuad The Three Lions menafikan peluang Jerman untuk melangkah ke pusingan berikutnya menerusi jaringan Sterling dan Harry Kane.

Kata Sterling, dia bangga de­ngan aksi yang ditampilkan rakan-rakan sepasukan meskipun mereka berdepan banyak kritikan selepas menampilkan prestasi kurang memberangsangkan pada saingan peringkat kumpulan.

“Semua pemain sedar kami perlu berada pada prestasi terbaik ketika berdepan pasukan kuat seperti Jerman. Saya gembira kerana kami tunjukkan apa yang kami mampu lakukan.

“Ini adalah detik yang sa­ngat istimewa bagi saya kerana membawa harapan besar seluruh peminat. Saya juga gembira apabila berjaya menjaringkan gol pada perlawanan ini,” kata pemain Manchester City itu.

Pada masa sama, Sterling juga memuji peranan yang dimainkan dua pemain tengah, Declan Rice dan Kalvin Phillips apabila menjadi tunjang pasukan dengan menguasai posisi tersebut.

“Kami tahu kami akan berdepan tekanan cukup tinggi, namun dua pemain tengah kami (Rice dan Phillips) menunjukkan prestasi terbaik mereka pada perlawanan hari ini (semalam).

“Walaupun menang, namun kami tidak boleh raikannya secara berlebihan kerana perjua­ngan masih belum tamat. Sekarang kami perlu alihkan fokus pada perlawanan seterusnya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI