fbpx

Dulu peniaga sate, kini tauke durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD NAFRI menunjukkan tempoyak yang dijual di restorannya di Bandar Bentong semalam.

BENTONG – Kekurangan pendapatan sehingga 70 peratus akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorong seorang peniaga sate mengubah perniagaannya kepada menjual durian.

Pengusaha Adam Satay, Mohammad Nafri Masrom, 33, berkata, dia terpaksa menukar jenis perniagaan selepas me­ngalami kesukaran untuk membayar gaji seramai 15 pekerjanya awal bulan lalu.

Katanya, sebagai majikan, dia perlu memastikan kebajikan pekerjanya terjamin terutama dari segi pendapatan supaya mereka boleh meneruskan kehidupan.

“Musim durian ini memberi sinar buat saya dan para pekerja. Keputusan menutup sementara operasi kedai makan membuahkan hasil.

“Memang seronok jual durian. Pada masa ini saya boleh menjual kira-kira 1.8 tan metrik durian pelbagai jenis setiap hari kepada peruncit dan pelanggan yang datang ke kedai,” katanya di sini semalam.

Menurut Mohammad Nafri, selain menjual durian, sebahagian pekerjanya juga ditugaskan untuk memproses tempoyak yang turut mendapat permintaan baik pada masa ini.

Jelasnya, pada masa ini, dia memperoleh bekalan durian dari kebun penduduk di sekitar Karak di sini dan Raub.

“Harga yang dijual sememang­nya berpatutan yang mana durian musang king gred B saya jual dengan harga RM34 sekilogram.

“Selain itu, saya turut memberi peluang kepada mana-mana individu yang mahu berniaga durian untuk membeli dengan saya pada harga borong,” jelas­nya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI