fbpx

‘Bodoh simpan sikit dalam sungai agar tak nampak’ – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA Che Wan mempertahankan dirinya bahawa ikan jenis talapia laut sememangnya wujud.

PETALING JAYA – Semalam, aktres jelita, Rozita Che Wan berkongsi resipi masakan enak talapia masak lemak dalam Instagram namun ada segelintir netizen yang mempertikaikan kewujudan ikan yang digunakan iaitu talapia laut.

Seorang netizen mempersoalkan wujudnya ikan jenis berkenaan dengan memuat naik status dalam media sosialnya milik.

TANGKAP layar hantaran InstaStory yang dikongsi Che Ta.

“Ada ke ikan talapia laut? Baru tengok Che Ta masak dekat Instagram,” soal netizen itu.

Tidak menunggu lama, Che Ta atau nama lengkapnya, Rozita Abu Bakar, 48, tampil mempertahankan dirinya dengan berkongsi perbezaan ikan talapia sungai dan talapia laut dalam InstaStory miliknya.

Tulis isteri kepada pelakon Zain Saidin itu dengan penuh kesinisan: “Bodoh itu simpan dalam sungai supaya orang tak nampak.”

Sejak akhir-akhir ini, terutama pada musim pandemik, Che Ta rajin berkongsi resipi juadah enak menggiurkan dalam Instagram miliknya menerusi aplikasi Reels media sosial popular global itu.

Mengambil insiatif menambah pendapatan menjual Lapis Pandan Cheese Cake menerusi akaun Instagram @daridapoqcheta, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi resipi istimewa semalam iaitu talapia masak lemak dengan pegaga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI