fbpx

Bendera putih, Pulau Pinang lulus bantuan RM1.04 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan peruntukan berjumlah RM1.04 juta bertujuan mengurangkan beban golongan memerlukan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini.

Ketua Menteri, Choe Kon Yeow berkata, kelulusan yang telah berkuat kuasa itu merupakan tambahan kepada bantuan sebelum ini menerusi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri khas untuk membantu penduduk setempat yang memerlukan bantuan sama ada dalam bentuk makanan dan sebagainya.

“Justeru, mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi wakil-wakil rakyat masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Negeri ini mempunyai 40 kawasan DUN. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI