fbpx

BAT Malaysia, tiga badan amal anjur Cheer-Ria Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek Cheer-Ria Raya Gift Box mengeratkan hubungan kerjasama antara BAT Malaysia dengan tiga badan amal.

PETALING JAYA – British American Tobacco Malaysia Bhd. (BAT Malaysia) telah be­kerjasama dengan tiga badan amal untuk membantu golo­ngan kurang berkemampuan melalui penganjuran aktiviti bertemakan Cheer-Ria Raya.

Badan amal tersebut adalah Dapur Rakyat, Ibupreneur dan Komuniti Tukang Jahit.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, salah satu tujuan kempen tersebut adalah untuk memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan menjana pendapatan melalui makanan yang mereka masak di rumah.

Tambah beliau, sepanjang bulan Ramadan yang lalu, kakitangan di ibu pejabat BAT Malaysia telah dihidangkan dengan 700 sajian yang di­masak sendiri oleh ibu tunggal, keluarga B40 dan golongan kurang upaya di bawah nau­ngan Yayasan Wanita Malaysia dan Hope Kitchen Malaysia menerusi usaha sama Dapur Rakyat.

“Kami juga berganding bahu dengan Ibupreneur dan Komuniti Tukang Jahit melalui 500 Cheer-Ria Raya Gift Box yang diagihkan kepada semua kakitangan kami.

“Gift Box ini telah diisi de­ngan 10,000 biskut raya dan 1,000 ke­ping dompet raya.

“Ia turut diisi dengan pemegang kad nama menggunakan batik yang dibeli daripada usahawan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ibupreneur adalah sebuah perusahaan sosial yang mengajar ibu-ibu cara untuk menguruskan perniagaan pembuatan kuih di rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI