fbpx

Ayam tulang rapuh penyambung rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai makanan, Nasi Buluh Ayam Tulang Rapuh yang terletak di Jalan Batu 8, Telok Kemang di sini.

PORT DICKSON – Penularan pandemik Covid-19 ditambah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada sektor pelancongan di pantai peranginan di daerah ini.

Tempiasnya juga menimpa kepada pengusaha-pengusaha kedai cenderamata, kraftangan dan pakaian di sekitar pantai Telok Kemang di sini yang sememangnya bergantung kepada kehadiran pelancong di situ sebagai pelanggan mereka.

Menyedari penularan Covid-19 mungkin mengambil masa untuk pulih, salah seorang pengusaha peniaga kraftangan dan pakaian, Nurshuhada Yaacob, 37, mengambil keputusan untuk menukar bidang perniagaannya.

Dia kini mengusahakan kedai makanan yang diberi nama Nasi Buluh Ayam Tulang Rapuh yang terletak di Jalan Batu 8, Telok Kemang dekat sini.

Menurutnya, perniagaannya itu kini menjadi penyambung pendapatannya selepas terjejas teruk dengan perniagaan kraftangan yang diusahakannya sebelum ini ekoran tiada aktiviti pelancongan di sini.

“Saya antara peniaga yang terkesan dengan PKP, perniagaan kraftangan yang saya usahakan selama tujuh tahun itu terpaksa ditutup kerana tiada pelancong yang datang ke Port Dickson. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuka perniagaan makanan nasi ayam tulang rapuh yang disajikan di dalam buluh,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI