BAGAN SERAI – Atlet yang berdepan kesukaran semasa pandemik Covid-19 diminta menghubungi pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk dibantu tanpa perlu mengibarkan bendera putih.
Ini kerana soal kebajikan para atlet sentiasa diberi perhatian menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kementerian tersebut sentiasa menjaga kebajikan atlet negara dalam apa jua situasi apatah lagi ketika pandemic Covid-19.
“Kalau ada apa-apa yang diperlukan sama ada bantuan bakul makanan mahupun melibatkan kesihatan kita akan bantu.
“Buat masa ini saya tak dengar lagi apa-apa masalah. Kempen bendera putih ini bagus cuma kita tak perlukan bendera putih untuk bantu atlet,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929