fbpx

Warga emas 120 tahun lengkap dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Liah selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di PPV Kampus USM, Kubang Kerian hari ini.

KOTA BHARU – Seorang wanita warga emas berusia 120 tahun sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin Kampus Universiti Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian di sini hari ini.

Siti Liah Mamat ditemani cucunya, Liana Azman, 33, telah melengkapkan dos vaksinnya secara pandu lalu di PPV itu kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Menurut Liana, nenek sangat teruja untuk menerima dos kedua, apabila setiap hari bertanyakan kepadanya mengenai tarikh suntikan kedua selepas menerima dos pertama pada 9 Jun lalu.

“Saya hanya memaklumkan kepadanya supaya bersabar dan berjanji akan membawanya ke PPV apabila tiba tarikh suntikan.

“Nenek kelihatan amat teruja dengan suntikan vaksin. Selepas menerima dos pertama, dia mengatakan bahawa semakin sihat malah dilihat semakin ceria,” katanya ketika ditemui pemberita di PPV Kampus USM, Kubang Kerian di sini hari ini.

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, Siti Liah tidak lena tidur ekoran tidak sabar untuk menerima suntikan vaksin dos pertama pada 9 Jun lalu.

Warga emas itu juga tidur lewat kerana membuat persiapan pakaian dan selipar untuk dipakai semasa hadir ke PPV Kampus USM.

Siti Liah ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana sudah selesai suntikan kedua-dua dos.

“Saya berdoa agar dilindungi daripada kesan yang tidak baik. Saya juga bimbang dengan usia yang melebihi satu abad, sebarang kemungkinan akan berlaku.

“Saya berharap, Allah memberi kesihatan yang baik selepas menerima suntikan hari ini,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI