fbpx

Tiga anggota polis dibebaskan jaminan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tiga anggota polis yang ditangkap selepas disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah RM2,000 kononnya bagi mengelakkan seorang individu dikompaun kesalahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ).

Sumber memberitahu, mereka yang terdiri Lans Koperal dan Konstabel itu dibebaskan pukul 4.30 petang tadi selepas keterangan mereka diambil SPRM Selangor.

“Setiap mereka dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 (tanpa deposit) dengan masing-masing seorang penjamin,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi Kosmo! mengesahkannya dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan kesemua suspek berusia 26 hingga 31 tahun ditahan pukul 6 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor.

Kejadian rasuah itu dipercayai berlaku pada 25 Jun lalu ketika ketiga-tiga suspek mendekati seorang individu yang sedang menjalankan kerja-kerja mengalihkan batu-bata dari lori kren ke rumah kakaknya yang sedang dalam pembinaan di Shah Alam.

Salah seorang daripada suspek telah meminta dan menerima wang tunai daripada individu tersebut agar kerja-kerja yang dilakukan individu terbabit tidak diadukan kepada Pegawai Pemantau Polis.

Ini bagi mengelakkan tindakan kompaun sebanyak RM20,000 hingga RM50,000 disebabkan menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI