fbpx

Tiada perhimpunan Black Democracy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan pemeriksaan dj Sekatan Jalan Raya (SJR) sekitar bandar Kuantan sempena Ops Aman Black Demo, hari ini.

KUANTAN – Seramai 267 individu dan 213 kenderaan diperiksa sepanjang Ops Aman Black Demo yang dilaksanakan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan bagi menghalang perhimpunan haram Black Democracy.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusof Ali berkata, operasi bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang itu membabitkan seramai 12 pegawai dan 82 anggota dari pelbagai unit dan jabatan.

“Pemantauan dibuat di empat lokasi tumpuan iaitu Bandar Indera Mahkota, Masjid Negeri, pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta sekitar Istana Abdul Aziz, di sini.

“Selain itu, kita turut melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa lokasi selain melakukan risikan dan pemantauan namun setakat ini tiada sebarang tangkapan atau tindakan kompaun dikeluarkan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang ops berkenaan, pihaknya tidak mengesan sebarang pergerakan individu atau kumpulan yang hadir bagi tujuan solidariti kepada seruan kumpulan ‘Black Democracy. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI