fbpx

Bayi lelaki ditinggalkan bawah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi yang ditemui semalam (kanan).

LAHAD DATU – Bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemui di bawah sebuah rumah di Kampung Dasar Baru di sini semalam.

Bayi lelaki yang bertali pusat itu ditemui dalam keadaan tertiarap di atas tanah berlumpur oleh pemilik rumah selepas terdengar bunyi tangisan selain anjing menyalak pada pukul 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dia bersama ahli keluarganya segera membawa bayi malang itu ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan tiga atau empat jam sebelum ditemui.

“Bayi seberat satu kilogram itu dipercayai dilahirkan pramatang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rohan memberitahu, bayi tersebut dilaporkan tidak stabil dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu diminta menyalurkan kepada balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI