fbpx

Teksi percuma legakan pemandu, penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosina sempat melambai sebelum menaiki teksi ke PPV Dewan Serbaguna Seri Iskandar menaiki perkhidmatan teksi percuma.

PARIT – Inisiatif khidmat teksi percuma ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Seri Iskandar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Khairul Shahril Mohamed memberi kelegaan kepada pemandu teksi apabila dapat menjana pendapatan.

Ini kerana sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh pendapatan mereka terjejas kerana tiada penumpang.

Pengerusi Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi Bandar Seri Iskandar, Idris Mohd. Sidek berkata, pemandu-pemandu teksi di sekitar Perak Tengah cukup terkesan memandangkan orang ramai tidak dibenarkan keluar semasa PKP penuh sejak 1 Jun lalu.

“Sebelum ini pemandu teksi memperoleh pendapatan dengan mengambil dan menghantar pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Seri Iskandar.

“Apabila ditawarkan membawa penduduk yang menerima vaksin ke PPV, saya amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya kami ada pendapatan,” katanya ketika ditemui pemberita di PPV Dewan Serbaguna Seri Iskandar di sini hari ini.

Setakat ini empat orang pemandu teksi terlibat dalam memberikan perkhidmatan berkenaan kepada penduduk kampung yang terdiri daripada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Ia melibatkan beberapa kampung antaranya Teluk Kepayang dan juga Kampung Orang Asli Tembuh Hangat di mana kami menjemput dan menghantar mereka yang terlibat.

Pihak pusat khidmat DUN Bota membayar antara RM20 hingga RM100 kepada pemandu teksi mengikut jarak perjalanan antara rumah penerima dan PPV bagi perjalanan pergi dan balik. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI