fbpx

Suntikan dos vaksin sejuta sehari mulai esok – Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
{enerima vaksin berswafoto bersama replikan Jokowi semasa program vaksinasi untuk pekerja awam dan warga tua di Jakarta pada 14 Mac lalu. - AFP

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menegaskan republik itu perlu mencapai sasaran sejuta suntikan dos vaksin Covid-19 sehari mulai esok, lapor Kompas.com, hari ini.

Menurut Jokowi, setakat ini,  sebanyak 42 juta  dos vaksin sudah diedarkan kepada rakyat negara itu.

“Mulai esok, 1 Julai, tiada kompromi lagi. Kita perlu capai sejuta dos suntikan vaksin sehari dan dua juta dos suntikan sehari bermula Ogos.

“Hari ini, jumlah suntikan dos harian kita masih di tahap ratusan ribu maka sesuatu perlu dilakukan untuk mencapai sasaran kerajaan,” tegasnya.

Tambah beliau, sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai dengan usaha sama semua pihak termasuk rakyat sendiri.

“Sebelum ini, kita berasa mustahil memberikan 300,000 dos suntikan vaksin sehari tetapi kita berjaya melakukannya.

“Malahan, kita berjaya memberikan lebih sejuta dos iaitu 1.3 juta pada Sabtu lepas maka sasaran untuk Julai dan Ogos boleh dicapai,” ujarnya.

Indonesia mensasarkan menyuntik vaksin kepada 71.7 juta penduduknya menjelang Disember tahun ini.

Berdasarkan kedudukan dalam program imunisasi melibatkan 215 negara di dunia, republik itu berada di tangga ke-11. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI