fbpx

Pengakhiran sempurna Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOMMER muncul wira Switzerland apabila menafikan sepakan kelima Perancis yang dilakukan Mbappe untuk membantu pasukan itu mara ke suku akhir. – AFP

BUCHAREST – Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer mengakui meskipun mereka adalah pasukan kerdil, tetapi semangat yang ditunjukkan pada pusi­ngan 16 pasukan terbaik Euro 2020 adalah luar biasa selepas membenam Perancis 5-4 menerusi penentuan sepakan pe­nalti.

Pada perlawanan tersebut, Sommer dianggap wira buat pa­sukan Switzerland selepas berjaya menafikan sepakan penalti kelima Perancis yang diambil Kylian Mbappe, sekali gus melangkah ke suku akhir setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi 120 minit di Arena Nasional awal pagi semalam.

Hasil kemenangan tersebut, Switzerland menempah aksi suku akhir buat kali pertama dalam sejarah saingan Euro apabila dijadual berdepan Sepanyol pada 3 Julai nanti.

“Perlawanan yang luar biasa malam ini dan pengakhiran yang tidak masuk akal selepas bangkit daripada ketinggalan. Tiada siapa percaya kami bangkit ­men­je­lmakan dua gol dan saya bangga dengan pasukan ini.

“Seperti yang dikatakan sebelum ini, kami tidak akan me­nyerah dan akan bermain bersungguh-sungguh. Ini adalah peluang kami untuk melangkah ke pusingan seterusnya dan kami telah membuktikannya.

“Dalam bola sepak segalanya mungkin terjadi, tetapi kami tetap meletakkan kepercayaan tinggi terhadap peluang yang kami ada. Kami adalah negara kecil, tetapi mempunyai kualiti dan pemain yang berpengalaman,” katanya.

Sementara itu, Granit Xhaka bangga dengan pencapaian pasukannya itu melakar sejarah baharu negara itu selepas membenam cabaran Perancis.

“Kini kami akan berdepan Sepanyol di suku akhir dan pasti ia bukanlah satu tugas yang mudah.

“Kami telah melakukan terbaik dan kemenangan ini adalah hasil kerja keras sepasukan,” kata Xhaka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI