fbpx

Parlimen dicadang bersidang 1 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim memaklumkan satu persidangan khas Parlimen telah dicadangkan kepada Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diadakan sebelum 1 Ogos depan.

Rais berkata, cadangan itu dikemukakan susulan pertemuannya bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah semalam yang menyuarakan hasrat supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Katanya, pertemuan tersebut turut disertai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan lima timbalan yang dipertua.

“Pada pertemuan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos.

“Titah baginda itu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rais, pihaknya menyatakan komitmen dan kesediaan untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang telah dititahkan Al-Sultan Abdullah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI