fbpx

Nelayan jatuh laut diserah kepada kedutaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain (kiri) bersama Pek Poeun (sebelahnya) dan Zulkifli Mohd Salleh (dua dari kanan) ketika majlis penyerahan nelayan tersebut kepada Kedutaan Kemboja hari ini.

LUMUT – Seorang nelayan warga Kemboja yang terjatuh ke laut dekat Pulau Jarak semasa menangkap ikan pada Jumaat minggu lalu diserahkan kepada Kedutaan Kemboja hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, wakil Kedutaan Kemboja, Zulkifli Mohd. Salleh bersetuju menerima mangsa selepas sesi pengesahan dilakukan terhadap individu tersebut.

“Justeru, pihak Kedutaan Kemboja akan menguruskan penyediaan dokumen berkaitan dan proses penghantaran pulang dalam masa terdekat.

“Mangsa, Pek Poeun, 41, diserahkan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Perak, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain kepada wakil Kedutaan Kemboja itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, ujian saringan Covid-19 ke atas mangsa telah dilakukan kelmarin dan didapati negatif.

Mangsa dipercayai jatuh laut dan telah diselamatkan oleh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Mahamiru yang menerima maklumat kejadian itu daripada sebuah kapal dagang sebelum diserahkan kepada APMM bagi tindakan lanjut.

Kejadian berlaku ketika keadaan laut bergelora dan mengingatkan nelayan tempatan meningkatkan tahap keselamatan ketika menjalankan aktiviti perikanan di laut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI