fbpx

Neelofa, Harith Iskandar sokong kempen bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar InstaStory Neelofa dan Harith memaparkan sokongannya terhadap kempen kibar #BenderaPutih.

PETALING JAYA – Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, menyokong kempen kibar bendera putih yang sedang dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam membantu golongan yang hilang sumber pendapatan dan terputus bekalan makanan yang tular di laman Twitter sejak semalam.

Menerusi tangkap layar dari InstaStory selebriti berniqab itu memaparkan beliau memuat naik kempen kibar bendera putih bersama syarikatnya, Nilofa Business Group, (@nilofa.hq) bagi membantu mereka yang di dalam kesusahan ketika pandemik Covid-19 dan juga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Dalam pada itu, pelawak, Harith Iskander, 55, turut menyokong tindakan rakyat Malaysia yang mengadakan kempen #BenderaPutih dengan memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Harith Iskander, @harithiskandercomedian memberi respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang ahli politik negara yang mengatakan rakyat perlu angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih.

Menurut Harith, beliau tidak bersetuju terhadap kenyataan tersebut dan memberi cadangan untuk melakukan kedua-duanya untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan dalam masa yang sama turut berdoa.

“Saya ada cadangan. Jika anda sekeluarga sedang kelaparan dan terputus bekalan makanan akibat pandemik Covid-19, apa kata anda angkat bendera putih di kediaman anda dan turut sama berdoa agar orang lain tahu supaya mereka dapat menyumbang sedikit sebanyak bekalan makanan,” ujarnya.

Rata-rata pengguna di laman Twitter turut sama membantu rakyat yang ditimpa kesusahan khususnya kepada mereka yang hilang sumber pendapatan dan terputus bekalan makanan ketika ini.

“Saya nak minta tolong anda retweet (ulang kicau). Jika sesiapa yang tinggal di kawasan Alam Megah, Putra Height dan Bukit Lanchong, yang betul-betul memerlukan, sila dm (direct message) saya ya. Saya tolong mana yang saya mampu. Sesiapa yang memerlukan beras, kicap dan telur, dm saya,” ciap pengguna @AqilAtlan_.

“Bagi sesiapa yang susah dan memerlukan bantuan, sila dm saya dan saya akan hantar satu set barang keperluan asas terus ke rumah anda. Saya tidak akan tanya lebih, tetapi saya harap beri peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan,” ujar @yesitshanna. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI