fbpx

Nak interviu saya bayar RM5,000 – Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anju meminta bayaran RM5,000 untuk mana-mana wartawan yang ingin interviu dirinya.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Zarina Anjoulie meletakkan bayaran sebanyak RM5,000 kepada wartawan mahupun mana-mana pengamal media yang berhasrat mendapatkan kenyataan atau menemuramah dirinya berhubung kes dadah.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, selebriti sensasi itu meminta bayaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana wartawan yang ingin menemu bualnya sebagai syarat untuk dia membuka mulut.

“Salam (assalamualaikum) kepada para reporter (wartawan), kalau nak interviu saya, bayarannya RM5,000,” tulis Zarina.

Pelakon drama Anak Pontianak itu mengenakan bayaran tersebut sebagai syarat kerana berpendapat kisah seorang wanita ditangkap polis atas kesalahan dadah semalam akan diputar-belit oleh wartawan dalam penulisan berita.

“Alang-alang anda (wartawan) nak pusing cerita sekurang-kurangnya berbayar,” ujarnya.

Dalam hantaran itu juga, Zarina turut meninggalkan kapsyen berbunyi ‘no money, no talk’ (tiada duit diam).

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang selebriti sensasi tanah air yang mempunyai pengaruh dalam media sosial Instagram ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, suspek seorang wanita berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada pukul 9.15 malam.

Bagaimanapun, sehingga kini Zarina masih bertindak ‘mengunci mulut’ namin berjanji akan memberikan kenyataan dan berkongsi perkara itu dalam masa beberapa hari lagi.

Malah, secara berterus terang Zarina mahu mengambil kesempatan menerusi kisah yang sedang hangat diperkatakan itu dengan membuat ulasan produk bagi mengaut sebanyak mana tawaran dan upah yang datang kepadanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI