fbpx

‘Nak berkhidmat tak perlu jam Hublot, Rolex’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRONT PALARAE

PETALING JAYA – Melihat kepada situasi politik negara yang terumbang-ambing terutama apabila terus dihempap permasalahan pandemik Covid-19, pelakon berkaliber, Bront Palarae berpendapat, menjadi seorang wakil rakyat tidak perlu berlagak hidup terlalu mewah.

Kata pemilik nama lengkap, Nasrul Suhaimin Saifuddin itu, kalau benar ingin membantu rakyat, asalkan ada kehendak, ada daya fikir dan daya usaha, Insya-Allah ada jalan.

“Nak berkhidmat tak perlukan jam Hublot atau Rolex, kereta Vellfire, rumah agam dan rombongan konvoi motor beramai-ramai,” katanya menerusi satu ciapan Twitter hari ini.

TANGKAP layar ciapan Bront dalam Twitter.

Dalam pada itu, menerusi ciapan berasingan, Bront berpendapat, kerajaan hari ini gagal membantu rakyat juga kerana pembangkang lemah. Jadi, pilihan yang ada sekarang, cuma rakyat jaga rakyat.

“Cuma 13 ahli Parlimen bukan kerajaan bangun untuk tolak belanjawan 2021, undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli.

“Waktu parlimen buka, nak bangun pun berat punggung. Nak cukupkan 15 orang pun tak boleh, macam mana nak bela rakyat.

“Bagi side (pihak) rakyat, pangkah mana pun sama iaitu derita.” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, Bront, 44, kini muncul dengan filem terbaharu berjudul Zombitopia yang ditayangkan di platform, Disney+ Hotstar.

Filem arahan Woo Ming Jin itu turut dibintangi Shaheizy Sam, Datin Elvina Mohamad dan Sharifah Amani. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI