fbpx

Lakonan semakin terbatas – Hafeez Mikail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFEEZ MIKAIL

SABAN tahun ada sahaja wajah-wajah baharu menghiasi kanvas dunia seni hiburan tempatan baik sebagai penyanyi mahu pun pelakon.

Kehadiran wajah baharu yang muncul itu pula tampil dengan pakej lengkap bukan sahaja bakat, tetapi juga fizikal yang sudah siap untuk memikat hati peminat.

Sedar tentang perkara itu, pelakon Hafeez Mikail mengakui kehadiran ramai bakat muda dalam industri sedikit sebanyak menambahkan bilangan pesaing dalam industri.

Pemilik nama Muhd. Hafiz Muhd. Zaki, 29, itu juga juga sedar kelibatnya yang semakin menghilang tanpa banyak naskhah baharu dalam televisyen, menyebabkan namanya semakin dilupakan peminat.

Sedikit waktu lalu iaitu sekitar 2017, Hafeez pernah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dilihat bernyanyi di jalanan di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketika itu, ramai beranggapan bahawa Hafeez sudah beralih bidang kepada menyanyi kerana tidak lagi mendapat tawaran untuk berlakon.

BIARPUN tidak seaktif dahulu, cinta Hafeez terhadap dunia lakonan tidak pernah hilang.

Bagaimanapun, pelakon berbakat besar itu menafikan perkara tersebut dan memberitahu tindakan sedemikian bagi mendapatkan ‘mood’ sebagai penghibur demi melunaskan watak lakonan dalam filem Busker.

Kini hadir dengan drama bersiri Hatimu Sedingin Salju, kemunculan terbaharunya di sisi pelakon Aprena Manrose itu sekali gus menafikan dakwaan, kononnya dia kini tidak lagi aktif berlakon.

Kata Hafeez, dia masih lagi mendapat beberapa tawaran membintangi drama, namun agak terbatas.

“Saya masih lagi. Dakwaan itu muncul mungkin disebabkan banyak drama lakonan saya belum ditayangkan.

“Saya juga baru sahaja selesaikan sebuah penggambaran sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.

“Alhamdulillah masih ada ‘job’. Cuma sekarang saya sibuk uruskan perniagaan sendiri (kedai makan) dan jadi perunding kewangan,” katanya.

SEDAR populariti boleh hilang, Hafeez Mikail menjadikan perniagaan dan karier sebagai penasihat kewangan sebagai sebagai masa depannya.

Komitmen

Ditemui dalam sidang media secara virtual untuk mempromosikan drama lakonan bersama Hisham Hamid tersebut, Hafeez menjelaskan, dia kini menolak tawaran untuk memegang watak besar dalam drama kerana memikirkan soal komitmen.

“Saya tidak ambil watak besar sangat sebab saya tidak boleh menjalani penggambaran pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu.

“Tapi kalau produksi okey dengan jadual saya, saya okey sahaja. Sebabnya saya nak fokus terhadap bisnes yang sedang dijalankan,” katanya.

Kata Hafeez, jika dahulu berlakon menjadi sumber pendapatan utamanya, namun sejak beberapa tahun lalu, dia berubah angin dan menjadikan perniagaan sebagai fokus masa depannya.

“Berlakon kini sebagai hobi sahaja. Tambahan sekarang ini banyak muka baharu yang lebih berbakat, berketerampilan dan memiliki jumlah pengikut yang ramai dalam media sosial.

“Saya tahu, suatu hari nanti saya tidak akan laku. Tapi tidak mengapa sebab berlakon bukan lagi keutamaan saya sekarang,” jelasnya.

HAFEEZ kini muncul menerusi drama bersiri Hatimu Sedingin Salju bersama pelakon Hisyam Hamid dan Aprena Manrose.

Diusik adakah kenyataan tersebut dibuat kerana menjeruk rasa, Hafeez menjelaskan dia gembira dengan apa yang dilakukan sekarang.

Tambahan pula katanya, dia sudah mempunyai pasukan sendiri dan menjana pendapatan pasif setiap bulan.

“Cuma saya tegaskan, saya tidak akan berhenti daripada lakonan sebab saya masih minat berlakon,” katanya.

Berdepan dengan situasi pandemik pada hari ini, Hafeez meluahkan rasa syukur kerana masih memperoleh pendapatan seperti biasa tanpa perlu risau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI