fbpx

KPDNHEP Kelantan rampas 1.9 tan minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1.4 tan minyak yang disumbat dalam sebuah Mitsubishi Pajero di Rantau Panjang semalam.

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas sebanyak 1.9 tan minyak paket dalam dua serbuan berasingan di Tumpat dan Rantau Panjang semalam.

Operasi bersepadu dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan mengenai kegiatan penyeludupan di dua lokasi terbabit.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, dalam operasi pertama, pihaknya telah mengesan pergerakan pemunggahan minyak masak bersubsidi di sebuah rumah di Kampung Bunohan, Tumpat pada pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, dalam serbuan itu, anggota penguat kuasa telah menemui 29 kotak minyak masak paket bersubsidi dengan anggaran berat 493 kilogram (kg).

“Pemilik rumah tersebut merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 30-an mengaku memiliki barang kawalan tersebut tanpa lesen yang sah.

“Siasatan mendapati, rumah tersebut menjadi transit kesemua minyak-minyak itu sebelum ia diseludup ke negara jiran. Suspek turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azanizam Affendi, operasi kedua telah dijalankan pada pukul 7 petang di Kampung Pohon Tanjung, Rantau Panjang dan berjaya mematahkan cubaan untuk menyeludup 88 kotak minyak masak paket bersubsidi seberat 1,496 kg.

Katanya, semua barangan itu ditemui di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero selepas pemandunya melarikan diri apabila kegiatan tersebut dapat dihidu pihak berkuasa.

Tambahnya, kedua-dua kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI