fbpx

Kanak-kanak mirip patung kedai pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Austin (kanan) berdiri di sebelah patung yang sangat mirip dengannya. - SWNS

LONDON – Seorang ibu terkejut apabila menjumpai sebuah patung di butik pakaian yang kelihatan amat mirip dengan anak lelakinya yang berusia lima tahun, lapor akhbar The Sun semalam.

Louise, 48, menyedari anaknya, Austin Meges A’hern kelihatan sama seperti patung kanak-kanak di butik pakaian Marks & Spencer yang mempunyai rambut perang dengan potongan sama, selain seluar, baju, kasut dan beg galas turut serupa.

“Ia sangat lucu. Austin asyik menyebut patung itu kelihatan sama sepertinya.

“Wajah patung itu juga sangat mirip dengannya. Apabila dia berdiri sebelah patung itu, mereka kelihatan sangat serupa dan saya sukar mempercayainya,” kata Louise.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan, Ava Kinsley turut menemui satu patung di sebuah butik pakaian yang amat mirip dengannya pada tahun 2016.

Kinsley dan patung itu mempunyai wajah yang hampir sama termasuk rambut kerinting berwarna perang.-Agensi

Kinsley turut menemui patung mirip dengannya pada 2016. -SWNS
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI