fbpx

Dua gol warnai hari bersejarah Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Messi (kanan) meledak dua gol ketika membantu Argentina menewaskan Bolivia 4-1 untuk mara ke saingan suku akhir Copa America 2021. – AFP

CUIABA – Bintang sensasi dunia, Lionel Messi muncul pemain Argentina yang membuat penampilan paling banyak iaitu 148 kap ketika turun membantu pasukannya menewaskan Boli­via 4-1, selain turut menyumbang dua gol pada aksi Copa America 2021 pagi semalam.

Messi yang menyamai rekod 147 aksi milik Javier Mascherano ketika aksi minggu lalu membuka persembahan dengan melakukan umpanan gol yang disempurnakan oleh Papu Gomez sebelum dia sendiri meledak dua gol kemudian.

Kejayaan pada perlawanan yang berlangsung di Arena Pantanal itu menyaksikan Argentina muncul juara Kumpulan A dan mara ke saingan suku akhir serta akan turun menentang Ecuador yang menamatkan saingan di kedudukan keempat Kumpulan B.

Bolivia yang sudah tersingkir daripada saingan selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut terus gagal untuk mengimbangi perlawanan apabila Argentina bukan sahaja turun untuk meraih kemenangan, sebaliknya ghairah mencari lebih ba­nyak jaringan.

Argentina hampir mendahului perlawanan seawal minit ketiga menerusi percubaan Sergio Aguero dan disusuli oleh Angel Correa, tetapi kecekapan penjaga gol Bolivia, Carlos Lempe berjaya menafikannya.

Bagaimanapun, Argentina tidak tidak menunggu lama apabila mula mendahului perlawanan pada minit keenam selepas hantaran Messi berjaya menemui Gomez yang mudah untuk mele­takkan bola di dalam gawang Bolivia.

Pada minit ke-33, giliran Messi mencetak namanya sebagai penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti apabila pemain pertahanan Bolivia, Diego Bejarano menjatuhkan Gomez di dalam kotak penalti.

Messi kemudian menambah gol ketiga pasukan itu kira-kira sembilan minit kemudian selepas menerima umpanan Sergio Aguero sebelum melakukan sepakan lambung menarik yang melepasi jangkauan Lempe .

Babak kedua menyaksikan Bolivia memberikan sedikit tenta­ngan dan akhirnya mendapat gol saguhati menerusi ­Erwin Saavedra pada minit ke-60 yang mendapat umpanan Leonel ­Justiniano.

Argentina kemudian menutup malam cemerlang mereka menerusi gol keempat hasil jaringan pemain gantian Lautaro Marti­nez pada minit ke-65 yang dima­sukkan menggantikan Aguero. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI