fbpx

Dikecam kerana bedah wajah untuk kelihatan seperti bintang K-pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
London menggelar dirinya sebagai seorang berbangsa Korea dan menegaskan tindakannya mengubah diri menjadi seperti Jimin tidak menyakiti sesiapa. -Twitter

LONDON – Seorang pesohor media sosial dari Britain dikecam netizen kerana menjalani 18 pembedahan plastik untuk kelihatan sama seperti bintang K-pop popular dari Korea Selatan, Jimin, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Nama Oli London, 31, mula menjadi sebutan pada Oktober 2018 selepas dia menghabiskan wang sebanyak £75,000 (RM430,000) untuk kelihatan seperti ahli kumpulan BTS itu.

Sehingga kini, lelaki itu telah membelanjakan lebih £100,000 (RM574,029) untuk pembedahan lain.

London yang baru-baru ini berkongsi video dirinya di atas katil wad selepas menjalani pembedahan mata dan pembedahan menaikkan wajah serta keningnya berkata, dia gembira kerana akhirnya boleh kelihatan seperti orang Korea Selatan.

“Akhirnya saya menjadi ‘orang Korea’. Saya sangat teruja kerana akhirnya saya mempunyai mata seperti mereka.

“Selama lapan tahun ini, saya sudah terperangkap dalam tubuh orang lain dan saya tidak rasa seperti diri sendiri,” katanya.

Kenyataannya itu bagaimanapun menerima kecaman netizen dan ada yang menuduhnya melakukan ‘cultural appropriation’ atau menggunakan budaya kaum lain dengan cara yang tidak sepatutnya.

“Jika anda ingin menjadi orang Korea, anda hanya perlu berpindah ke sana dan memohon kerakyatan (Korea Selatan). Ini (tindakan London) adalah sangat tidak sopan,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan tindakan lelaki itu dan merasa gembira bagi pihaknya.

“Saya gembira kerana anda akhirnya boleh menjadi diri sendiri. Anak saya juga sedang melalui perasaan itu, di mana dia merasakan bahawa dia terperangkap dalam badan orang lain. Semoga anda cepat sembuh,” tulis seorang netizen.

London pada 16 Jun lalu menerusi akaun Instagramnya mengumumkan dirinya kini berbangsa Korea dan nama rasmi baharunya ialah Park Jimin HueningKai Taeyong Imnida. -Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI